Tuesday 22 August 2017

'Task Force' JPN 2017 di Bachok

Rombongan 'Task Force' JPN telah berada di SMK Dato' Perdana pada hari isnin, 21 Ogos 2017.  Rombongan seramai 70 orang ini terdiri daripada KS JPN, pegawai-pegawai JPN, KPPD seluruh Kelantan dalam rangka lawatan ke sekolah-sekolah dalam PPD Bachok.  Mereka telah diraikan dalam majlis makan tengah hari di Sewan Makan asrama dPerdana.












Wednesday 28 January 2015

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah - 2015

Satu kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan pada hari Isnin, 25 Januari 2015.  Kejohanan ini merupakan satu daripada program sekolah yang dirancang tahun ini.  Selain daripada untuk memilih peserta yang mewakili sekolah dalam kejohanan merentas desa peringkat PPD,  program ini juga dapat membantu para pelajar mengekalkan atau memelihara kecergasan mereka.
Berikut adalah aturcara pada hari berkenaan:
ATURCARA PROGRAM



3.00 ptg
Pendaftaran Peserta
3.30 ptg
Taklimat Pelepasan / Pegawai & Hakim mengambil tempat
3.45 ptg
Regangan / warming up
4.00 ptg
Permulaan Larian (flag off) oleh Pengetua SMKDP
Kategori :
 18L / 15L / 13L

18P / 15P / 13P
4.45 ptg
Larian dijangka tamat
5.00 ptg
Majlis Perasmian Penutup

Bacaan Doa
Ucapan Perasmian Penutup oleh Pengetua SMKDP
Majlis Penyampaian Hadiah
5.30 ptg
Majlis dijangka bersurai



Pada tahun ini, Rumah Mat Kilau telah muncul sebagai juara keseluruhan Merentas Desa.  Berikut adalah kedudukan pungutan mata selepas kejohanan:
  1. Mat Kilau  - 513
  2. Tok Janggut - 377
  3. Dato' Bahaman - 371
  4. Dol Said - 285

Monday 26 January 2015

Majlis Perasmian Sesi Persekolahan 2015

Pada hari isnin, 26 Januari 2015, telah berlangsung Majlis Perasmian Sesi persekolahan 2015.  Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berusaha Drs Amran Bin Hj Mustapha, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bachok diadakan di Medan D'Perdana.

Berikut adalah susun atur majlis:



0730
Pelajar dan guru berkumpul di Medan D’Perdana
Ketibaan YBrs Drs Amran bin Hj Mustapha
(Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bachok)

0740
Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu Selamat Sultan
Nyanyian lagu Sekolah

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan
Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood,
Pengetua SMK Dato’ Perdana

Ucapan Perasmian
YBrs Drs Amran Bin Hj Mustapha
Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,

Pejabat Pendidikan Daerah Bachok

Gimik Perasmian - Bacaan Sajak

Penyampaian cenderahati

Ikrar Pelajar

Majlis bersurai


Sajak Kembali Ke Sekolah, hasil karya M. Arif telah dideklamasikan oleh 
Saudara Amirul B Mohd Zain.



KEMBALI KE SEKOLAHM. Arif

selamat kembali ke sekolah
demikian ucap kalbuku dan kalbu mu
bergelar pelajar SMK Dato’ Perdana
tatkala melewati gapura tahun baru –
tahun kita bertambah maju

meja dan kerusi kita sudah menunggu
di kamar ilmu.  pena dan buku juga
sedia melepaskan rindu pada mesra
jari-jemari kita – kita pelajar bersusila;
miliki pekerti mulia.  kita pelajar berkarisma; miliki citra hidup yang bersinar-sinar.

guru-guru siap siaga menanti
merapi pekerti dan menyaji
pemikiran aras tinggi sambil kita nikmati
lazat juadah dari resipi kegemilangan
pada hari ini.

selamat kembali ke sekolah
biarlah kalbu kita berbisik kepada jiwa
biarlah jiwa kita berbisik kepada rasa
biarlah rasa kita berbisik kepada semangat
biarlah semangat kita berbisik kepada tekad
biarlah tekad mengajak kita beriringan
sambil menyandang wawasan watan
sambil menggalas impian terbilang

selamat kembali ke sekolah
di sini ada jalan menuju ke hari muka
di sini ada jalan menuju ke syurga.






Majlis telah ditangguhkan pada jam 8.15 pagi.  Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SMKDP kerana menjayakan program ini.

Sunday 25 January 2015

Bantuan Awal Persekolahan RM100

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar sekolah telah diadakan  di Dewan Sri Perdana pada 19hb Januari 2015 yang lalu.  Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Tn Hj Mohd Radzuan Bin Hj Hamat, Naib Ketua UMNO Bahagian Bachok.  Pemberian Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia ini meliputi semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2015.



Objektif pemberian bantuan ini adalah brtujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun persekolahan yang ditanggung oelh ibu bapa atau penjaga murid. Menurut Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato'Perdana, Sebanyak RM65,000 telah diagihkan kepada ibu bapa / penjaga pelajar pada majlis berkenaan.  Majlis ini telah selesai pada jam 12.30 tengahari.

Kembali Ke Sekolah

Kepada pelajar-pelajar sedia ada, pihak sekolah mengucapkan selamat kembali kesekolah untuk meneruskan pengajian.  Kepada pelajar-pelajar baru, selamat datang ke SMK Dato' Perdana.  Rebutlah peluang untuk menimba ilmu di sini.
Sehingga 25hb Januari, seramai 134 orang pelajar tingkatan 1 telah mendaftar untuk belajar di sekolah ini.  Mereka terdiri daripada 48 orang pelajar lelaki dan 86 orang pelajar perempuan.